Friday 18 May 2012

Alhamdulillah Ya Allah ^ ^

Aku kata “Astaghfirullah
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..
Aku kata “wa atubu ilaih
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..
Aku kata “wa nadimna ya Allah
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..
Aku kata “Subhanallah
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..
Aku kata “Alhamdulillah
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..
Aku kata “Allahuakbar
tetapi cintaku lebih kepada dunia..
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..
Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..
Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..
Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa..


sweet ^ ^


Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata yang bermaksud:
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan & dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai & dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling. Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya.'" (Hadith Riwayat Imam Bukhari)

No comments:

Post a Comment